07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Amalan pertama yang akan dihisab oleh Allah ialah amalan solat. Maka ibadah solat ini perlu diperhalusi supaya ianya menepati kehendak syarak. Biro Kerohanian dan Khidmat Sosial MPP ILPPG telah mengadakan program Diagnosis Ilmu Solat pada 1 November 2023. Fasilitator-fasilitator telah menyemak bacaan-bacaan dalam solat bermula daripada bacaan niat, bacaan Surah Al-Fatihah, rukuk hinggalah ke bacaan doa selepas solat.

Para pelajar yang didapati lemah penguasaannya diwajibkan mengikuti Klinik Solat yang diadakan pada setiap malam Rabu. Selain itu, para pelajar yang terlibat dengan gejala rokok/ vape dikenalpasti dan diwajibkan mengikuti sesi terapi pemulihan rokok secara rohaniah. ILPPG sentiasa komited dalam membentuk jati diri para pelajarnya.

Skip to content