07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Elektronik Industri ILP Pasir Gudang menganjurkan Program Outreach Kemahiran Daya Cipta Bitara Madani di SMK Seri Aman Kota Tinggi pada 30-31 Oktober 2023. Program ini telah disertai seramai 20 orang pelajar dari SMK Tan Sri Jaafar Albar, SMK Seri Aman, SMK Bandar Easter dan SMK Lokman Hakim bersama 7 orang guru pengiring dari sekolah-sekolah terlibat. Kursus ini dijalankan secara teori dan praktikal melibatkan pengaturcaraan mikrocontroller Arduino bagi penghasilan robot. Peserta turut diajar pemasangan dan pendawaian komponen-komponen elektronik serta Arduino selain didedahkan dengan teknik mereka bentuk badan robot termasuk pengujian robot yang telah diprogramkan terhadap objektif pengaturcaraan yang dibuat.

Selain kursus penghasilan robot, turut diadakan pertunjukan demonstrasi robot. Seramai 60 orang murid dari SK Seri Aman telah hadir untuk menyaksikan pertunjukan ini. Selain menarik minat para peserta yang terlibat ia juga memberi keterujaan kepada Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, Tn Hj Mohamad Fadil bin Ishak dan Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kota Tinggi, En Noor Azam bin Yusoff yang turut hadir semasa program berlangsung. Mereka telah menzahirkan hasrat mereka agar program-program sebegini dapat dianjurkan lagi di sekolah-sekolah lain di dalam daerah Kota Tinggi.

Skip to content