07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah meraih 1 pingat Emas, 1 pingat Perak dan 2 pingat Gangsa menerusi Pertandingan Reka Cipta dan Inovasi iDEA’23 yang telah diumumkan secara rasmi pada 30 Oktober 2023 di https://idea-ilkbs.my/ . Pertandingan ini disertai oleh pelajar-pelajar dari Bahagian Teknologi Automotif dan Bahagian Teknologi Instrumen Perindustrian, ILPPG.

????????? ?????????

-Projek CO Smart Detector System yang dibangunkan oleh Devendirran a/l Kalimuthi telah memenangi pingat Emas (Kategori Bidang B: Teknologi Elektrik dan Elektronik Pelajar IPT/ILK) manakala projek Adjustable Motorised Absorber Spring Clamp yang dibangunkan oleh Sharvin a/l Jegathesan telah memenangi Pingat Gangsa (Kategori Bidang A: Teknologi Mekanikal Pelajar IPT/ILK). Pelajar-pelajar dari Bahagian Teknologi Automotif ini adalah di bawah seliaan Pn. Ts. Kavitha Palaniappan dan En Wan Mustaffa bin Wan Mohamed Zain.

????????? ????????? ?????????????

-Projek Smart Portable Workbench DC To AC Power Rechargeable yang dibangunkan oleh Mohamad Syafiq Aiman bin Mastahir, Ahmad Qairel Aliff bin Ahmad Zaki dan Muhammad Hafizi bin Faizal telah memenangi pingat Perak (Bidang B: Teknologi Elektrik dan Elektronik Kategori Pelajar IPT/ILK) manakala projek Leak Test Valve Body yang dibangunkan oleh Muhammad Alif Haiqal bin Badrul Hisham, Mohammad Izzul Hakiem bin Mohd Rofi dan Muhammad Adeq Aiman bin Zulkarnim telah memenangi pingat Gangsa bagi kategori yang sama. Pelajar-pelajar dari Bahagian Teknologi Instrumen Perindustrian ini adalah di bawah seliaan En. Mohd Hisham bin Abd Jalil.

Skip to content