07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG mengadakan program Karnival Sukan Pelajar 2023 pada 29 Oktober 2023,

Pelbagai acara telah dijalankan seperti perbarisan kontinjen setiap bahagian, senam robik, rejam lembing, lontar peluru, sepak penalti, sumo, gusti lengan, petanque, dart, ‘Master Chef ILPPG dan acara sukaneka. Perlawanan bola sepak, futsal, bola jaring, sepak takraw, bola tampar, pertandingan seni tari silat dan E-sport telah dimulakan sejak awal bulan Oktober bagi menyahut seruan kerajaan bagi merealisasikan Bulan Sukan Negara.

Karnival Sukan yang dirasmikan oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts Dr. Alina binti A.Rahman @ Othman ini bertambah serinya dengan penyertaan anak-anak cilik daripada Taska ILPPG dan pameran ular sawa. Aktiviti keusahawanan turut berlangsung bagi memeriahkan karnival.

Skip to content