07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Tahniah diucapkan kepada ILPPG kerana berjaya merangkul tempat kedua kategori 8kg Single di Youth Robot Challenge 2023 (Y-ROBOC’23). Pasukan Robot ILPPG (SCORP ROBOT TEAM) telah menyertai Youth Robot Challenge 2023 (Y-ROBOC’23) anjuran Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan.

Pertandingan ini telah dijalankan pada 27 – 29 Oktober 2023 bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Kategori yg disertai adalah 5kg Tower Conquer, 8kg Rumble dan 8 kg Single. Pertandingan Robot ini bertujuan menarik minat masyarakat terutamanya golongan muda terhadap STEM khususnya dalam bidang robotik dengan penglibatan pelbagai institusi pengajian tinggi serta institut kemahiran.

Konsep pertandingan memerlukan setiap pasukan mengaplikasikan ilmu pengetahuan di dalam bidang teknologi tanya wayar (RC) bagi mengawal pergerakan robot dan merekabentuk robot tempur secara hands-on yang kreatif dan berinovasi.

Skip to content