Seramai 20 orang pelajar ILPPG dijemput oleh Malaysia Marine Heavy Engineering (MMHE) untuk menghadiri Program MHB Free Market 2023 pada 27 Oktober 2023 bertempat di MMHE West Yard Pasir Gudang. Program ini dirasmikan oleh Pengarah Urusannya, En Pandai bin Othman.
Program berbentuk kebajikan ini bertujuan menyantuni masyarakat setempat dan belia-belia daripada pelbagai institusi kemahiran berdekatan. Selain daripada itu, para pelajar dapat melihat secara langsung suasana dan budaya kerja di syarikat gergasi perkapalan negara sekaligus meningkatkan motivasi diri pelajar.