ILP Pasir Gudang telah diluluskan sebagai OPITO Approved Center bagi menawarkan persijilan profesional OPITO bidang Penyenggaraan Instrumen & Kawalan, Elektrik dan Mekanikal. Pihak OPITO yang diwakili oleh Mr. Phil Waddingham telah melaksanakan lawatan penilaian ke ILP Pasir Gudang selama 2 hari pada 22 hingga 23 Oktober 2023. Sepanjang lawatan tersebut pihak audit telah melaksanakan penilaian terhadap Desktop Submission yang telah dikemukakan Instutit merangkumi System Criteria dan Product Criteria meeangkumi kriteria sistem pengurusan, peralatan dan fasiliti, pengurusan rekod dan kawalan dokumen, sumber manusia, pengurusan latihan dan penilaian serta pengurusan kesihatan dan keselamatan. Pihak auditor juga telah meninjau bagaimana pelaksanaan penilaian oleh Pegawai Penilai (Assessor) OPITO dan Pegwai Pengesah Dalaman (Internal Verifier) melalui demonstrasi secara teori dan pratikal ketiga-tiga bahagian yang terlibat. Sehubungan itu, dengan pengiktirafan institusi ini dapat meningkatkan tahap kualiti penyampaian pelaksanaan latihan TVET dalam memenuhi standard antarabangsa yang ditetapkan OPITO khususnya dalam industri minyak dan gas. Diharapkan kejayaan institut sebagai OPITO approved center dapat meningkatkan dan meluaskan lagi peluang pekerjaan graduan TVET ke peringkat antarabangsa.