Bekam merupakan salah satu teknik perubatan purba yang diakui keberkesanannya terhadap kesihatan dan turut dijadikan pilihan utama Rasulullah SAW untuk mengekalkan kesihatan badan Baginda. Surau Al Mawaddah ILPPG telah mengambil inisiatif menganjurkan Bengkel Intensif Bekam Sunnah setiap hari Isnin selepas solat Isyak kepada para pelajar mulai 23 Oktober 2023.
Para pelajar diterangkan tentang kepentingan/ kelebihan berbekam, titik-titik utama badan, kaedah menggunakan alatan bekam dan pantang larangnya. Peserta bukan sahaja dapat mempelajari teknik berbekam bahkan boleh juga berbekam. ILPPG terus menerus memberikan pelbagai ilmu kepada para pelajarnya.