07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ADTEC Batu Pahat telah menjadi tuan rumah bagi Mesyuarat Perhubungan Negeri agensi-agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM) Peringkat Negeri Johor Bil. 1/2023 pada 22 Oktober 2023. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Tn Hj Jaafar bin Hj Leman, Pengarah JKKP Johor dan telah dihadiri oleh pengarah-pengarah serta wakil-wakil pengarah agensi di bawah KSM.

Beberapa agenda telah dibincangkan di antaranya bagi mengenalpasti program-program yang boleh dilaksanakan bersama serta cadangan mewujudkan tabung bantuan bagi bencana alam bagi agensi-agensi di bawah KSM. Di akhir mesyuarat, ILP Tangkak telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi mesyuarat seterusnya pada tahun hadapan.

Skip to content