07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang memastikan para pelajarnya mahir dalam bidang kemahiran yang diceburi dan tidak ketinggalan ilmu agamanya. Oleh itu, Biro Kerohanian dan Khidmat Sosial MPP ILPPG telah mengadakan Bengkel Amali Solat Ruksyah pada 18 Oktober 2023 di Surau Al Mawaddah.

Dalam bengkel ini para pelajar diajar tatacara melaksanakan solat secara duduk, telentang, mengiring, meniarap dan isyarat mata. Bengkel ini dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator ilmu yang terdiri daripada MPP dan Rakan Surau ILPPG.

Skip to content