07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 15 Oktober 2023, telah berlangsung program Service Learning (SL) anjuran bersama UTM dan ILPPG. Program ini merupakan inisiatif pelajar Tahun 4 Kursus Sosiologi Dalam Pendidikan dengan mengadakan Program Robo Booth dan Buddies Bot. Robo Booth adalah pameran informasi berkaitan robotik, elektronik, Augmented Reality dan juga inovasi yang menumpukan aspek ‘Knowledge Transfer’ buat pengunjung terutama pelajar ILPPG. Booth pameran diadakan di Dewan Platinum bersempena Hari Terbuka/ Hari Keusahawanan ILPPG.

Program Buddies Bot pula merupakan program DIY pembinaan robot dari bahan terbuang/ terpakai yang disertai SKPG3. Seramai 20 orang murid dan 4 orang guru telah hadir memberi sokongan kepada Program Buddies Bot ini. Majlis diserikan lagi dengan jamuan ringan dan penyampaian cenderahati yang dihadiri Pengarah ILPPG dan Dr Roslizam Hassan selaku Pensyarah Kanan Kursus.

Skip to content