Sempena Hari Sukan Negara, Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Unit ILPPG telah menganjurkan Kempen Derma Darah 2023. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Unit Tranfusi, Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dan telah diadakan pada 12 Oktober 2023.
Antara tujuan utama Kempen Derma Darah ini diadakan adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan menderma darah selain menanam sifat keperihatinan terhadap penderitaan insan yang memerlukan dan meningkatkan kesedaran tentang perlunya untuk mengekalkan kesihatan tubuh badan.
Kempen ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari pelajar mahupun staf ILP Pasir Gudang dan telah mencapai sasaran. Jutaan terima kasih kepada para penderma kerana anda adalah wira negara.