07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kebanyakan anak muda khususnya lelaki sangat meminati motosikal dan ada sebilangannya terjebak dalam aktiviti tidak sihat seperti lumba haram dan ‘rempit’ sehinggakan masyarakat memandang serong terhadap golongan ini.

Atas sebab itu, Biro Kerohanian dan Khidmat Sosial MPP ILPPG telah mengambil inisiatif menjemput saudara Mohd Afiq bin Azizan dalam program Forum Santai Pendakwah Remp-it pada 11 Oktober 2023. Dalam bual bicara ini, beliau mengakui bahawa beliau suka bermain motor (merempit) dan bergaul dengan pelbagai jenis rakan, tetapi berkat ilmu yang diterapkan di ILPPG beliau tidak mudah terpengaruh dengan gejala buruk bahkan mampu membimbing rakan-rakan yang kurang baik dari kalangan mereka.

Beliau yang kini bekerja sebagai juruteknik kanan ini turut menasihati para pelajar supaya mempelbagaikan ilmu kemahiran serta rajin mencari peluang yang lebih baik.

Skip to content