07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Perjumpaan pelajar Semester Akhir Sesi 2/2023 bersama Timb. Pengarah Latihan, Ts Eza binti Monzaid telah berlangsung di Dewan Kuliah Utama melibatkan 152 orang pelajar bersama Ketua Bahagian. Sesi perjumpaan ini dibuat untuk memberi peringatan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar semester akhir tentang tindakan disiplin yang boleh diambil sekiranya para pelajar didapati melanggar peraturan tatatertib. Pihak ILP Pasir Gudang tidak akan berkompromi dengan sebarang isu pelanggaran disiplin bagi memastikan graduan dari ILP Pasir Gudang mempunyai nilai-nilai disiplin yang tinggi, integriti, dan tanggungjawab di tempat kerja kelak.

Skip to content