07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Jabatan Tenaga Manusia (JTM) diketuai oleh Ketua Pengarah JTM, YBrs Tuan Shakib bin Ahmad Shakir telah mengadakan lawatan ke NIOSH Wilayah Selatan, Johor Bahru pada 8 Oktober 2023 untuk semakan fasiliti bagi tujuan pengambilalihan bangunan. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Timbalan Ketua Pengarah JTM, YBrs Ts. Kamaruzaman bin Haji Md. Ali, Ts. Rostam bin Hashim (Ketua Penolong Pengarah BPK JTM), Ts Dr Alina binti A.Rahman@Othman (Pengarah ILP Pasir Gudang), Encik YC Tan (wakil TVET China di Malaysia), Encik Mohammad Rizan Hassan (Setiausaha Agung Pertubuhan Kebangsaan Pekerja Berkemahiran), Dr Muhammad Faizal Tahiruddin (Pengerusi JKK Pembangunan Tahfiz Majlis Pembangunan Kemahiran Kebangsaan) serta wakil dari Bahagian Pembangunan JTM dan Pengurusan ILP Pasir Gudang.

Dalam sesi lawatan ini, pihak JTM serta pegawai yang hadir telah diberi penerangan berkenaan fasiliti di NIOSH serta dibawa melihat ke seluruh kawasan bangunan yang meliputi dewan teater, bilik kuliah, bilik asrama, kafetaria serta kemudahan-kemudahan lain yang ada di premis ini. Walau bagaimanapun pihak JTM masih dalam peringkat perbincangan bagi cadangan pengambilalihan ini dan YBrs Tuan KP meminta semua pihak yang berkenaan untuk mengemukakan kertas cadangan bagi program dan aktiviti yang sesuai dijalankan di premis ini.

Skip to content