07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Kehangatan sambutan hari ulang tahun junjungan kita, Nabi Muhammad SAW kian terasa. Majlis memperingati Rasulullah perlu dilaksanakan sebagai usaha untuk memupuk rasa cinta terhadap baginda. Maka dengan maksud itu, Biro Kerohanian dan Khidmat Sosial MPP ILPPG telah mengadakan Program ‘The Burdah ~ Best of Islamic Poem’ pada 26 September 2023 di Dataran Surau Al-Mawaddah ILPPG.

Para pelajar disajikan dengan ceramah ‘Kenali Rasulmu’ dan melalui ceramah ini para pelajar dapat mengetahui biodata lengkap Rasulullah dan gaya hidup baginda. Di akhir ceramah, burdah Karangan Sheikh Said Al-Busairi dibaca bersama para pelajar.

Skip to content