07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Biro Kerohanian dan Khidmat Sosial MPP ILPPG telah mengadakan Program ‘Nostalgiveus Rasulullah’ pada 25 September 2023 sempena Hari Kelahiran Baginda SAW yang bakal tiba.

Ceramah bertajuk Menyelusuri Perjuangan Dakwah Rasulullah SAW menceritakan mehnah tribulasi yang dihadapi oleh baginda. Wakil-wakil dari Masjid Kota Masai, Masjid Taman Pasir Putih, Masjid At Taqwa dan masjid-masjid yang berdekatan dengan ILPPG turut hadir berjumpa dengan para pelajar dalam bentuk halaqah sebagai salah satu cara mendekatkan anak-anak muda dengan agama.

Selesai program, para pelajar dihidangkan dengan nasi biryani yang dimasak sendiri oleh Rakan Surau ILPPG.

Skip to content