07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

YBrs. Tuan Shakib bin Ahmad Shakir, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia telah membuat lawatan ke ILP Pasir Gudang pada 25 September 2023 bagi melihat tapak projek bengkel tambahan di Bahagian Kimpalan. Semasa sesi lawatan tersebut pihak kontraktor melaporkan status terkini pembinaan bengkel beserta maklumat-maklumat fasa pembinaan projek tersebut.

Sesi lawatan diteruskan dengan kunjungan muhibah pihak ILPPG dan KP JTM ke MMHE. Rombongan disambut oleh pihak pengurusan atasan MMHE, Tuan Badrol-Izam bin Baharom (Senior General Manager Human Resources), En Mislan bin Ponamin (Centre of Excellence Manager), Pn. Nurul Nadia Camellia Mustapha (Manager Functional Competencies) dan Pn. Nurul Farah Zilla Abdullah (Penyelia Corporate Communications Department).

Pihak MMHE telah memberi taklimat ringkas mengenai MMHE dan perkembangan terkini peserta-peserta Program Usahasama JPDC-ILPPG-MMHE yang berjaya bekerja di MMHE sebagai jurukimpal. Sesi pertemuan turut diadakan bersama 4 orang wakil peserta program SOGA yang sedang bekerja di MMHE. ILPPG dan MMHE turut membincangan kerjasama yang bakal dilaksanakan pada masa akan datang.

Di akhir lawatan, rombongan telah dibawa melihat persekitaran kerja MMHE serta kemudahan-kemiudahan yang disediakan untuk kakitangan dan pekerja di sana.

Skip to content