Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah mengambil inisiatif menjalankan Minggu Peningkatan Sakhsiah Diri bermula 10-20 September 2023. Program-program yang diatur bertujuan untuk memantapkan disiplin diri dan kerohanian para pelajar. Antara program yang dijalankan ialah :-
?) ??????? “????? ???” – ?? ????????? ????
Program yang berkonsepkan forum dengan warden ILPPG, En Nazri Bin Latif sebagai ahli panelnya. Skop utama program ini untuk menjelaskan kepada pelajar tentang hikmah segala peraturan yang dibuat kepada para pelajar dan bual cara pengalaman sebagai seorang warden
?) ??????? ??????? ??? ?????O? – ?? ????????? ????
Matlamat program ini adalah untuk memperkasakan ilmu Taharoh dan bersuci di kalangan para pelajar. Program ini dikendalikan oleh fasilitator-fasilitator dari kalangan MPP dan AJK Surau.
?) ??????? ?????? ????
Selesai berbengkel jemaah surau telah menziarahi rakan-rakan di dorm sambil menggalakkan mereka membaca hadis dan para pelajar diberikan saguhati berupa makanan. Program ini dibuat untuk menyemarakkan pembacaan hadis di dalam dorm asrama.
?) “????????? ??????????” – ?? ????????? ????
Program ini dijalankan untuk menggalakkan para pelajar menzahirkan kesyukuran mereka sebagai warga Malaysia. Para pelajar yang sudi tampil untuk meluahkan rasa cinta mereka kepada negara diberikan hadiah berupa makanan percuma.
?) ??????? ????? ????? – ?? ????????? ????
?) ??????? ‘???? ?????’ – ?? ????????? ????
Program khas untuk pelajar wanita ini menjurus kepada sesi pembacaan Al Quran di dalam dorm asrama.
?) ????? ?????? ????? -?? ????????? ????
Program ini menampilkan Puan Nurul Hasyimah binti Rashid sebagai ahli panel. Soalan-soalan berkisar luahan hati seorang ibu kepada anak-anaknya dan cabaran hidup di masa hadapan menjadi skop utama dalam forum ini.
?) ?????????? ???? ??? – ?? ????????? ????
Program ini bermatlamatkan melatih para peserta untuk tampil ke hadapan dalam memberi motivasi kepada para pendengar. Dengan pelbagai pendekatan yang dibuat, ianya mampu menarik minat para pendengar.