Kursus Jangka Pendek (KJP) Soldering Technique telah dijalankan selama 2 hari bermula 22 – 23 September 2023 bertempat di ILP Pasir Gudang. Seramai 10 orang peserta dari tenaga kerja industri terdiri daripada juruteknik dan petugas produksi dari Syarikat PNE
Electric Sdn. Bhd. Kursus ini disampaikan oleh tenaga pengajar dari bahagian Teknologi Elektronik Industri iaitu Pn Azura Hani binti Hamdan dan Pn Norhedayah binti Jamaludin.
Peserta diberi pendedahan terhadap teknik ‘soldering & desoldering’ komponen pada papan litar bercetak (PCB) dengan betul. Teknik pematerian ini penting untuk pekerja industri yang terlibat dalam pembaikan dan penyelenggaraan sistem serta peralatan elektronik, termasuk penyelia pembaikan dan kualiti sistem produk sektor elektronik. Di harap, kursus ini dapat membantu tenaga kerja industri dalam meningkatkan keyakinan memasang dan membuka komponen elektronik pada papan litar bercetak (PCB).