07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan yang diwakili oleh En. Noorazam bin Yaakob, telah menyampaikan taklimat pengenalan dan promosi kemasukan ke ILP Pasir Gudang kepada pelajar-pelajar Tingkatan 4 dan 5 SMK Ulu Tiram pada 19 September 2023, jam 12.00 tengah hari. Seramai 100 orang pelajar hadir dan telah diperkenalkan dengan kursus-kursus yang ditawarkan dan kemudahan yang terdapat di ILPPG. Taklimat diakhiri dengan tayangan video korporat ILPPG dan penyampaian cenderahati dari pihak sekolah kepada penceramah.

Skip to content