MSF Merdeka Race 2023 telah melabuhkan tirainya dengan 4 orang pegawai dari ILP Pasir Gudang iaitu En. Muhamad Rizie, En. Hairul Azwani, En. Muhamad Hilmi dan En. Hanafi telah menjadi saksi perlumbaan 4 roda TERBESAR di Litar Sepang pada 17 September 2023 yang lalu.
Tahniah!! Muhammad Shafiq Shaiful telah berjaya merangkul tempat kelima dalam acara Saga Cup Championship Double Enduro. Perlumbaan pusingan akhir MSF Racing Series: The Grand Finale akan diteruskan pada 22 Oktober 2023 dengan pungutan mata tertinggi sekaligus menjamin kejuaraan Ultimate Touring. Sama-samalah kita mendoakan kejayaan team ILPPG Motorsport pada tahun ini. Bertandinglah dengan semangat berjuang yang tinggi.