Pada 14 September 2023, Motorsport ILP Pasir Gudang telah mengadakan pelancaran perlumbaan “MSF Merdeka Race 2023” Kategori Malaysian Saga Cup Championship yang akan diadakan pada 17 September 2023 dan disertai oleh graduan ILPPG Sesi 2/2015 iaitu Muhammad Shafiq bin Muhamad Shaiful.
Pertandingan ini melibatkan pelbagai kategori kereta dan terbahagi kepada 3 kategori – Siri Ultimate, Siri Super, Siri Pengeluaran dan Piala Saga buatan sendiri. Pertandingan ini merupakan salah satu sokongan dan galakan atas kerjasama rakan strategik ILPPG di dalam bidang automotif. Selain tujuan mempromosikan ILPPG, para pengajar dan pelajar diberi pendedahan berkaitan manfaat sukan permotoran ini.