07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Seramai 3 orang panel verifikasi telah hadir bagi Lawatan Verifikasi Penarafan Tunggal Program TVET Bidang G452-002-4:2017 (Operasi Servis Selepas Jualan – Kenderaan Bermotor) bagi menilai dan mengesahkan penilaian kendiri yang dibuat oleh Pusat Bertauliah ILP Pasir Gudang. Panel verifikasi ini diketuai oleh Pn. Markhuza binti Mokhtar bersama 2 orang pegawai iaitu Pn. Suhana binti Rozlan dan Pn. Noor Hazlina binti Khalid.

Penarafan Tunggal Program TVET ini diwujudkan selaras keperluan negara kepada sistem penarafan seragam bagi menilai kualiti program berdasarkan indikasi-indikasi yang holistik termasuk elemen keberhasilan seperti kebolehkerjaan dan penglibatan industri. Sistem Penarafan Tunggal yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Manusia ini bertujuan menyeragamkan program TVET di dalam negara.

Skip to content