07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG menyedari bahawa pelajar-pelajar perlu diberikan suntikan semangat daripada ALUMNI ILPPG yang berjaya dalam kerjaya mereka supaya mereka bersungguh-sungguh menjalani latihan di sini. Menyedari kepentingan ini, MPP mengadakan Forum Motivasi Kejayaan pada 10 September 2023 bertempat di Surau Al-Mawaddah ILPPG. Saudara Mohd Alif bin Zakaria (bekas pelajar Kimpalan Sesi 2/2012) telah dijemput sebagai ahli panel program tersebut.

Beliau menceritakan bagaimana pada awalnya beliau tidak berminat untuk menyambung pelajaran dan hanya bekerja sebagai pencuci kereta. Walau bagaimanapun, beliau telah memohon untuk menjalani latihan di sini setelah mendengar tentang ILP daripada rakan-rakan. Peluang keemasan ini beliau gunakan sepenuhnya dengan berusaha bersungguh-sungguh mendapatkan kemahiran dalam kimpalan. Beliau sanggup belajar lebih masa dan menjadikan pengajar-pengajar sebagai rujukan utamanya.

Mohd Aliff turut aktif dalam MPP dan program surau serta merangkul banyak pencapaian dalam aktiviti yang diceburi. Beliau pernah ditawarkan pekerjaan oleh SapuraKencana Petroleum Bhd sebelum beliau tamat pengajiannya lantaran prestasinya yang cemerlang itu. Beliau turut berpesan supaya pelajar-pelajar dapat mempelbagaikan kemahiran, mendisiplinkan diri, menepati masa dan tahan tekanan kerja kerana perkara itu menjadi keutamaan pihak industri.

Mohd Aliff bin Zakaria yang dahulunya hanya berpendapatan RM10-20 sehari, kini berpendapatan lebih daripada RM13 ribu setelah bekerja sebagai ‘chamber welder’ di Singapura. Perjalanan hidupnya benar-benar memberikan inspirasi.

Skip to content