Bahagian Teknologi Instrumen Perindustrian menganjurkan Kursus Industrial Instrumentation & Control Operation dan Maintenance Level 3 bermula 3 April hingga 2 September 2023, setiap hari Sabtu jam 8 pagi hingga 5 petang (22 sesi latihan). Seramai 11 orang peserta terdiri daripada pekerja industri telah menyertai kursus yang disampaikan oleh tenaga pengajar; Ts. Mohd Hisham, Pn. Noorzilah, Tc. Wan Nazli, Pn. Suzana, Pn. Nor Haslinda, En. Ramli dan Pn. Eunice di Bengkel Teknologi Instrumen Perindustrian, ILP Pasir Gudang.
Topik kursus adalah Instrumentation & Control Safety Application, Instrumentation & Control Operation, Instrumentation & Control Pre-commissioning Preparation, Instrumentation & Control Maintenance & Troubleshooting, Instrument Verification and Calibration, Control System Configuration dan Instrumentation & Control Supervision. Kursus ini berjaya mencapai objektifnya untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dalam bidang Instrumen.