07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pasukan Robot ILP Pasir Gudang (SCORP) telah menyertai Pertandingan Robot Tempur Malaysia 2023 Kali Ke-6. Pertandingan ini telah dijalankan pada 24-27 Ogos 2023 bertempat di Summit USJ, Subang Jaya Selangor.

Pertandingan Robot Tempur ini telah diperkenalkan sejak tahun 2013 dengan tujuan untuk menarik minat masyarakat terutamanya golongan muda terhadap STEM khususnya dalam bidang robotik dengan penglibatan pelbagai institusi pengajian tinggi serta institut kemahiran.

Konsep pertandingan memerlukan setiap pasukan mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam bidang teknologi tanpa wayar dalam mengawal pergerakan robot dan reka bentuk robotik bagi penghasilan robot tempur secara hands-on yang kreatif dan berinovasi.

Skip to content