Kemerdekaan merupakan suatu nikmat yang besar yang perlu disyukuri dan dipertahankan. Atas maksud ini Biro Kerohanian dan Sosial MPP ILPPG menganjurkan Program Malam Qasidah Merdeka pada 21 Ogos 2023 sebagai salah satu luahan rasa syukur dan gembira terhadap kemerdekaan ini.
Bacaan Al Quran, pembacaan Qasidah An Nabawiyyah, tausiyah dan doa selamat antara intipati program tersebut. Program ini bertambah serinya dengan kehadiran penghuni Rumah Anak-anak Yatim & Asnaf Halo Prihatin. Di akhir program ini para pelajar disajikan dengan jamuan ringan sambil menyaksikan pertunjukan bunga api.