07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Semangat cintakan tanahair dan pengetahuan tentang sejarah bangsa sepatutnya berterusan dipupuk di dalam jiwa rakyat Malaysia. Menyedari kepentingan ini Majlis Perwakilan Pelajar dengan kerjasama Jawatankuasa Surau ILPPG telah menjalankan Program Momento Kemerdekaan dan Mini Festival Merdeka pada 20 Ogos 2023 bertempat di Dewan Platinum ILPPG.

Pelbagai acara menarik telah dilaksanakan untuk menarik minat para pelajar seperti Sayembara Kemerdekaan, Coretan Anak Bangsa, ‘Fear Factor’, Pertandingan Gusti Lengan Merdeka, Jualan Cakna Merdeka, Zikir & Doa Merdeka, Pameran Senjata Warisan, Pertandingan Aksi Persilatan, Pameran Keagungan Empayar Melayu Nusantara dan Pembentangan Sejarah Kemerdekaan oleh MPP ILPPG. Setiap penyertaan diberikan hadiah sebagai galakan pelajar untuk menyertainya. Moga para pelajar ILPPG lahir sebagai anak bangsa yang berjaya.

Skip to content