07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG mengadakan Program Bacaan Yasin dan Solat Hajat Kemerdekaan pada 17 Ogos 2023 sebagai salah satu tanda syukur atas nikmat kemerdekaan yang dikecapi selama ini. Program ini diakhiri dengan bacaan Qasidah An Nabawiyyah oleh Kumpulan Qasidah ILPPG.

Forum Merdeka Minda pula menampilkan bekas pelajar Kimpalan Sesi 2/2017 iaitu Saudara Sahadam bin Adham sebagai panel penceramah. Program ini membicarakan bagaimana beliau pada awalnya tidak berminat kepada bidang kemahiran tetapi akhirnya dapat memerdekakan minda yang sempit dari keinginan untuk berhenti belajar kepada meneruskan latihan dengan semangat yang kuat melalui penglibatan pelbagai aktiviti di ILPPG termasuk program-program keusahawan dan jati diri.

Dengan memerdekakan diri daripada sikap malas dan pemikiran yang sempit, mampu mengubah kehidupan seseorang dengan lebih baik. Kini beliau dianggap sebagai usahawan berjaya di Al-Qutuz Bekam Medispa Empire, yang mana beliau dilantik sebagai Pengarah Urusan.

Skip to content