07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang dengan kerjasama PETRONAS JIC dan VISTA telah mengadakan ‘Sharing & Engagement by Industry Player’ pada 30 Ogos 2023. Program ini dijalankan secara hybrid oleh pelajar-pelajar bersama pengajar Kimpalan Arka & Gas dengan Fabrikasi Struktur Logam ILP Pasir Gudang di Dewan Kuliah Utama dan peserta-peserta bidang tersebut dari ILJTM yang lain mengunakan platform Google Meet. Program dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Alina binti A. Rahman @Othman dan Penasihat JIC, En. Shah Ridzal bin A. Rahman.

Seterusnya diikuti dengan sesi perkongsian yang disampaikan oleh Ts. Nik Saiful Nazry bin Nik Soff, Technical Professional (TP) Construction dan En M. Zamri bin Jaafar, Technical Professional (TP) Construction Material Engineering. Program ini dianjurkan bagi memberikan lebih pendedahan kepada semua pelajar ILJTM bidang Kimpalan serta Fabrikasi Struktur Logam berkaitan peluang kerjaya dalam sektor hiliran minyak dan gas terutamanya di Malaysia.

Melalui perkongsian in peserta berpeluang mengetahui lebih lanjut berkenaan program VISTA oleh PETRONAS yang mewujudkan peluang pekerjaan lebih baik kepada graduan ILJTM. ILP Pasir Gudang akan terus berusaha mengadakan sesi seumpama ini sebagai persiapan untuk pelajar menempuh alam pekerjaan kelak.

Skip to content