Majlis Konvokesyen ILJTM Ke-26 Tahun 2023 telah berlansung selama 2 hari bermula 14-15 Ogos 2023 di MAEPS Serdang, Selangor dengan 4 sidang. Seramai 6,519 graduan dari 32 ILJTM seluruh negara dianugerahkan sijil dimana seramai 15 Graduan Peringkat Diploma Lanjutan (DLKM), 2,708 Graduan Peringkat Diploma Kemahiran (DKM) dan 3,796 Graduan Peringkat Sijil (SKM).
Turut hadir bersama, YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Bin Ujang, Ketua Setiausaha, Shakib Bin Ahmad Shaki, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia, Ts. Kamaruzaman bin Hj. Md. Ali, Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Manusia dan juga Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts Dr Alina binti A.Rahman @Othman bersama dengan Pengarah ILJTM yang lain. Anugerah Graduan Terbaik ILP Pasir Gudang 2023 disandang oleh Khairul Badri bin Azmay, Muhamad Aidil bin Normat dan Mohamad Elmy Nazri bin Mohd Jafri dari Bahagian Teknologi Penyenggaraan Mekanikal. Manakala Anugerah Tokoh Alumni diterima oleh En Azren bin Men yang kini menjawat jawatan sebagai Pengarah Operasi AKG Autoworks Sdn Bhd.
Semoga kejayaan para graduan ILJTM terutama graduan ILP Pasir Gudang akan menjadi inspirasi kepada lebih ramai golongan muda di Malaysia untuk menjadikan TVET sebagai pilihan utama. Sekalung TAHNIAH dan SYABAS diucapkan kepada semua graduan ILP Pasir Gudang!