07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program Modul Hak Pekerja melibatkan 154 orang pelajar semester akhir telah berlansung pada 9-10 Ogos 2023 dengan jayanya. Program selama 2 hari ini dengan objektifnya untuk mendedahkan para pelajar pengenalan kepada keselamatan sosial, undang-undang pekerjaan, perlindungan keselamatan sosial, skim KWSP dan manfaatnya serta asas perancangan kewangan dan persaraan.

Program kendalian En Mohd Asri bin Mohd Satar bersama dengan En Muhammad Syafiq bin Wagimi ini telah dibantu oleh 9 orang pegawai penilai dari setiap bahagian bagi perbincangan kajian kes dan 2 orang pegawai PERKESO, Pn Periya Devi yang menerangkan fungsi dan tanggungjawab Perkeso manakala Pn Nabilah A. Malek berkongsi produk baru iaitu Keselamatan Sosial Suri Rumah.

Penerangan yang dikongsikan sangat berguna bagi kegunaan pelajar-pelajar semester akhir ini. Program ini sangat memberi kesan positif kepada para pelajar dan bengkel penyediaan resume yang sedang berlangsung pada minggu ini akan melengkapkan lagi persediaan mereka untuk mencari pekerjaan.

Skip to content