07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Seminar Perniagaan eKeusahawanan Siri 3/2023 ”Usahawan Digital dan Klik Dengan Bijak – Scammer” telah diadakan di ILP Pasir Gudang pada 15 Ogos 2023 (10.00pg – 1.00ptg) bertempat di Dewan Kuliah Utama, ILP Pasir Gudang. Seminar ini telah dianjurkan oleh JK eKeusahawanan ILPPG yang diselaraskan oleh Pn. Ts. Kavitha Palaniappan untuk memberi pendedahan perniagaan kepada para pelajar ekeusahawanan ILPPG.

Seramai 370 orang pelajar ILPPG termasuk pelajar eKeusahawanan Sesi 2/2023 telah menyertai program yang dianjurkan ini. Seminar yang bertajuk ”Usahawan Digital dan Klik Dengan Bijak – Scammer” disampaikan oleh Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Zon Masai/ Pasir Gudang serta Agensi DigiCelcom Zon Selatan.

Para pelajar dapat mengenali lebih lanjut peranan dan fungsi Pusat Ekonomi Digital (PEDI). Menerusi perkongsian seminar ini, para pelajar juga dapat memupuk minat untuk menceburi alam perniagaan dan peluang-peluang yang wujud di dalam menjana pendapatan melalui platform-platform dalam talian yang aktif pada masa kini. Para pelajar turut didedahkan dengan penipuan dalam talian yang wujud dan cara mengelak dari menjadi mangsa jenayah siber.

Skip to content