07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pada 10 Ogos 2023 yang lalu, beberapa orang pegawai dari ILP Pasir Gudang telah mengadakan lawatan industri ke Syarikat Kian Joo Can Factory Berhad (KJCF) yang terletak di Taman Perindustrian Gembira, Tampoi. KJCF merupakan sebuah syarikat terbesar dalam bidang pembungkusan di rantau ASEAN yang mengeluarkan semua jenis tin dan bekas seperti tin minuman aluminium, kotak karton beralun untuk pasaran tempatan dan eksport.

Lawatan yang diketuai oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts Dr Alina binti A. Rahman @ Othman dan disertai oleh Ketua-ketua Jabatan, pengajar-pengajar dari Teknologi Pembuatan Pemesinan (TPP), Teknologi Penyenggaraan Mekanikal dan Teknologi Pembuatan Perkakasan – Die serta Pegawai-pegawai CESS merupakan lawatan balas dari lawatan pihak KJCF ke ILPPG pada 4 Julai yang lalu.

Dalam pertemuan ini turut dibincangkan kerjasama yang bakal dilaksanakan oleh kedua-dua belah pihak termasuk peluang pelajar ILPPG untuk menjalani Latihan Industri (LI) dan peluang pekerjaan kepada graduan ILPPG, Latihan Sangkutan Industri (LSI) kepada pengajar-pengajar ILPPG serta kerjasama dalam menjalankan SLDN yang mana pihak syarikat bersetuju untuk menjadi syarikat kerjasama kepada ILPPG dalam bidang Penyenggaraan Mesin dan Operasi Mesin. Turut dibincangkan peluang kepada pekerja-pekerja KJCF untuk menyertai program-program Kursus Jangka Pendek di ILPPG. Rombongan lawatan telah dibawa melihat sendiri bagaimana proses penghasilan tin dilakukan di syarikat ini.

Skip to content