ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Opito Internal Verifier (IV) & Opito Competence Assessor Training pada 6 hingga 10 Ogos 2023 bersama Mr. Neville Thomas dari JTN Technical Services, Miri, Sarawak. Objektif pelaksanaan kursus adalah untuk memenuhi keperluan OPITO dalam mendapatkan akreditasi produk program OPITO di ILP Pasir Gudang bagi bidang Instrumen Kawalan, Elektrik dan Mekanikal.
Selain itu kursus juga diadakan bertujuan meningkatkan kompetensi 10 pengajar sebagai Pegawai Penilai (Assessor) OPITO dan kompetensi 4 pengajar sebagai Pengesah Dalaman (Internal Verifier) Program OPITO. Pelaksanaan kursus adalah merupakan salah satu inisiatif institut untuk mendapatkan pengiktirafan bagi kelayakan kompetensi Pegawai Penilai ( Assessor ) dan Pengesah Dalaman (Internal Verifier ) bagi memenuhi standard terkini OPITO dalam bidang elektrik,