07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program Seminar Kerjaya telah diadakan pada 7 dan 8 Ogos 2023 bagi pelajar-pelajar semester akhir. Seminar yang melibatkan 156 orang pelajar ILPPG telah berjaya mencapai objektifnya dengan mendedahkan pelajar kepada laluan kerjaya yang ada sebagai bekal buat mereka untuk menempuh alam pekerjaan nanti.

Perkongsian dari pihak Perkeso, En Akmal bin Sarudin mengenai pendaftaran Myfuturejobs dan hak-hak pekerja serta perkongsian dari Puan Halimah, Human Resource Manager dari Syarikat EEW telah menarik minat para pelajar dengan mock interview iaitu realiti sesi temuduga. Tips-tips yang dikongsikan sangat berguna bagi pelajar-pelajar semester akhir.

Selain itu, jemputan dari alumni ILP Pasir Gudang, En Firdaus bin Daling yang berkongsi kisah kejayaan beliau bermula di ILP Pasir Gudang hingga sekarang telah memberi kesan positif kepada para pelajar termasuk bengkel penyediaan resume yang bakal diadakan pada minggu hadapan, diharap akan melengkapkan lagi persediaan mereka dalam mencari pekerjaan.

Skip to content