Pada 8 Ogos 2023, ILPPG telah menerima undangan daripada SMK Seri Alam 2, Pasir Gudang untuk mengadakan pameran kerjaya kepada 200 orang pelajar Tingkatan 4 dan 5 sekolah tersebut. Pameran ini turut disertai oleh institusi-institusi pengajian awam dan swasta. Majoriti para pelajar sangat berminat untuk mendapatkan latihan teknikal di ILPPG kerana ianya menjanjikan peluang pekerjaan yang luas di samping yuran latihan yang sangat berpatutan.
