07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Unit Kecemasan dan Pengungsian Bangunan ILP Pasir Gudang telah mengadakan Taklimat Keselamatan Kebakaran di Dewan Kuliah Utama pada 3 Ogos 2023 dan Demonstrasi Pemadaman Kebakaran pada 5 Ogos 2023 di sebelah bangunan pentadbiran. Pada malam 3 Ogos 2023, Latihan Pengosongan Bangunan (Fire Drill) diadakan di asrama penginapan pelajar dengan diketuai oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, Ts. Dr. Alina Bt A. Rahman @ Othman bersama pasukan ERT ILP Pasir Gudang. Turut serta semua pengawal insiden, pegawai insiden, warden, penyelia asrama, semua penghuni asrama dan kakitangan ILP Pasir Gudang yang berada di institut pada waktu itu.
Pasukan Bomba ILP Pasir Gudang turut hadir semasa sesi latihan untuk memantau secara keseluruhan latihan yang dijalankan. Latihan ini dijalankan bagi memberi pendedahan kepada para pelajar baru terhadap aspek keselamatan, tindakan kecemasan yang perlu diambil apabila kebakaran berlaku serta tatacara pengosongan bangunan yang betul sekiranya berlaku kecemasan yang melibatkan kebakaran.

Skip to content