ILP Pasir Gudang dengan kerjasama Autotronics Centre of Excellence telah menganjurkan Program Persijilan Khas Electric & Hybrid Vehicle pada 31 Julai hingga 3 Ogos 2023. Program ini dijalankan selama 4 hari di Bahagian Teknologi Automotif ILP Pasir Gudang. Seramai 20 orang tenaga pengajar dari bidang Automotif, Elektrik dan Mekatronik telah menyertai program yang dianjurkan dengan kendalian Autotronics Centre of Excellence Sdn Bhd.
Sepanjang program ini, para peserta didedahkan dengan Basic Hybrid Electric Vehicle System Operation, Hybrid Electric Vehicle Troubleshooting & Diagnostic, Hybrid Electric Vehicle Storage Devices, Inverter System & Operation dan Hybrid Transmission System. Mod pembelajaran merangkumi kedua – dua pembelajaran teori dan amali (demonstrasi dan aplikasi). Menerusi program ini para peserta diharap dapat meningkatkan kemahiran dan ilmu pengetahuan dalam penyelenggaran kenderaan elektrik dan hibrid.