Pada 25 Julai 2023, satu program Orientasi Minyak & Gas telah diadakan di ILP Pasir Gudang anjuran bersama pihak Johor Petroleum Development Corporation (JPDC) dan ILP Pasir Gudang. Program yang disertai oleh 24 orang pelajar dan 6 orang guru kaunselor dari SMK Air Tawar, SMK Semenchu, SMK Adela, SMK Bandar Penawar, SMK Bandar Mas dan SMK Tanjung Pengelih ini bertujuan untuk memperkenalkan serta memberi pendedahan kepada bidang Hiliran Minyak & Gas serta Petrokimia yang semakin membangun di kawasan Pengerang Integrated Petroleum Complex (PIPC).
Seramai 5 orang pembentang dari pihak JPDC, PETRONAS Refinery & Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC), ILP Pasir Gudang, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Syarikat Enproserve (M) Sdn Bhd telah memberikan perkongsian mereka di dalam program tersebut. Mereka merupakan pakar-pakar dalam bidang Hiliran Minyak & Gas serta pendidikan TVET bidang berkaitan. Para peserta juga dibawa melawat ke bengkel-bengkel latihan untuk melihat sendiri bagaimana latihan dijalankan di ILP Pasir Gudang.