Pada 24 Julai 2023, satu sesi perbincangan antara ILP Pasir Gudang bersama pihak PETRONAS Refinery & Petrochemical Corporation Sdn Bhd (PRPC), Pengerang dan Institut Teknologi Petroleum PETRONAS (INSTEP) telah diadakan. Perbincangan ini merupakan susulan dari perbincangan kali pertama yang diadakan pada 9 Februari berhubung kerjasama pihak Petronas INSTEP dengan ILP Pasir Gudang dalam pelaksanaan Program VISTA Petronas.
Dalam perbicangan ini pihak INSTEP telah bersetuju untuk menjalankan Program Steelwork Fitter dan Program Kimpalan 6G di ILP Pasir Gudang. Pihak INSTEP akan menyediakan peralatan, penyelenggaraan peralatan, barang guna habis dan keperluan-keperluan lain yang diperlukan bagi menjalankan program ini. Program latihan kepada pengajar-pengajar terlibat dengan program ini turut akan disediakan. Pihak PRPC Pengerang pula telah bersetuju untuk membantu dalam urusan kebolehkerjaan bersama kontraktor yang dilantik oleh Petronas di sekitar Pengerang khususnya dan Malaysia amnya.
Siri pertama program ini dijangka akan bermula pada awal bulan Oktober 2023 dengan pengambilan seramai 20 orang peserta bagi program Kimpalan 6G dan 15 orang bagi Program Steelwork Fitter.