ILP Pasir Gudang telah menerima kunjungan dari wakil pihak Malaysian Investment Development Authority (MIDA) bersama-sama deligasi pelabur, Syarikat Supreme International Ltd, Canada pada 9 Julai 2023. Lawatan tersebut disertai 3 orang wakil syarikat iaitu Mr. Robert Maze (CEO Supreme International Ltd), Mr. Tom Anweiler (VP Finance Supreme International Ltd) dan Mr. Palash Mukhopadhyay (Procurement Specialist Supreme International Ltd) serta seorang wakil pihak MIDA, En Shahzul Jayawirawan Mohd Yunus.
Kunjungan deligasi ini adalah untuk meninjau lokasi yang bersesuaian bagi pembinaan syarikat baru mereka selain mencari calon-calon dari pusat-pusat latihan kemahiran di Malaysia yang berkebolehan untuk bekerja di syarikat ini. Rombongan syarikat juga telah dibawa melawat ke Bengkel Teknologi Kimpalan, Teknologi Fabrikasi Struktur Logam, Penjaga Jentera Elektrik dan Bengkel Teknologi Pembuatan Pemesinan.