07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Program Kem Latihan Asas Keselamatan dan Pertolongan Cemas Sesi 1/2023 anjuran Unit Bulan Sabit Merah Malaysia ILP Pasir Gudang (BSMM ILPPG) telah diadakan dari 06 Julai hingga 07 Julai 2023 bertempat di Kem NurJannah Pekan Nenas, Pontian. Program yang dijalankan selama 2 hari telah disertai oleh 61 orang pelajar unit BSMM ILPPG yang dikendalikan oleh fasilitator perunding dan penyelaras BBSM ILPPG. Program ini mendedahkan setiap peserta secara teori dan amali Asas Pertolongan Cemas dan menyelamat. Menerusi pengisian program selama 2 hari 1 malam ini, pelajar telah mempelajari asas pertolongan cemas seperti Kecederaan luka dan pendarahan, balutan dan pembalut, Praktikal anduh, kecederaan tulang dan usungan, CPR dan juga kawad kaki.  Di samping itu, para peserta juga didedahkan dengan aktiviti ketahanan fizikal dan mental menerusi aktiviti lasak seperti jungle trekking, walk night, cabaran berhalangan dan menyelamat dalam air. Program latihan yang dijalankan telah melengkapkan modul pembelajaran kokorikulum BSMM ILPPG dan melahirkan ahli unit BSMM ILPPG yang mempunyai pengetahuan dan keyakinan mengendalikan situasi kecemasan.

Skip to content