07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah dikunjungi oleh wakil dari Syarikat Kian Joo Can Factory Berhad pada 4 Julai 2023. Lawatan tersebut telah disertai seramai 6 orang wakil syarikat yang terdiri daripada Mr Tan Kim Weng (General Manager), Ms Lim Mong Nee (Operation Manager), Ms Mah Hi Kheng (Finance & Administration Manager), Mr Kang Sik Siang (Printing Senior Manager), Ms Toh Yu Mei (QA Executive) dan Cik Noor Ashikin binti Mohd Amin (HR Senior Executive).

Lawatan tersebut diadakan bagi membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan di antara ILP Pasir Gudang dan syarikat, di antaranya kursus jangka pendek, latihan sangkutan industri dan Program SLDN bidang Teknologi Pembuatan (Pemesinan) dan Teknologi Penyenggaraan Mekanikal. Rombongan syarikat telah dibawa melawat ke Bengkel Teknologi Pembuatan (Pemesinan) (TPP) dan Teknologi Penyelenggaraan Mekanikal (TPM).

Skip to content