07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Bil 1/2023 bagi bidang Teknologi Penyenggaraan Mekanikal, Teknologi Minyak dan Gas (Mekanikal), Teknologi Instrumen Perindustrian dan Teknologi Elektrik telah diadakan pada 2 Julai 2023. Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan penambahbaikan dalam pelaksanaan Pendidikan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga bagi mengesahkan soalan-soalan peperiksaan akhir amali Sesi 1/2023. Seramai 9 orang ahli jawatankuasa telah hadir dan mesyuarat dipengerusikan oleh En. Azlan bin Sulaiman daripada Youth Vision Engineering & Services Sdn Bhd. Mesyuarat bermula jam 8.30 pagi dengan perutusan pengerusi dan berakhir dengan pengesahan soalan Peperiksaan Akhir Amali Sesi 1/2023 bagi 4 bidang yang terlibat.

Skip to content