07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Pengurusan Pelajar dan Latihan (BPPL) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar ILPPG telah mengadakan Majlis Apresiasi Pelajar Semester Akhir Sesi 1/2023 pada 3 Julai 2023 bertempat di Dewan Platinum, ILPPG. Majlis ini adalah bagi meraikan para pelajar semester akhir yang bakal menamatkan latihan di samping penyampaian penghargaan dan anugerah kepada pelajar-pelajar cemerlang di dalam kemahiran dan pelbagai aspek. Saudara Faiz Amirol Haziq bin Mohamad Rofie, Bahagian Teknologi Pembuatan (Perkakasan-Die) dipilih sebagai Tokoh Pelajar Cemerlang Sesi 1/2023.

Majlis yang telah dirasmikan oleh Pengarah ILP Pasir Gudang, YBrs Ts. Dr. Alina binti A.Rahman @ Othman ini turut mengadakan acara sampingan seperti pertandingan persembahan dan cabutan bertuah bagi memeriahkan suasana majlis. Warga ILP Pasir Gudang berharap agar 184 orang pelajar semester akhir yang diraikan ini dapat memanafaatkan ilmu kemahiran yang dipelajari seterusnya berjaya di dalam bidang kerjaya yang bakal dipilih.

Skip to content