07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Pihak BPPL ILP Pasir Gudang telah mengadakan Kursus Kepimpinan bagi Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) ILP Pasir Gudang. Kursus ini telah dijalankan selama 2 hari 1 malam bermula 22 hingga 23 Jun 2023 di Kompleks Belia dan Sukan, Larkin. Seramai 25 orang ahli Majlis Pewakilan Pelajar (MPP) telah menyertai program ini dengan bimbingan Penasihat Majlis Pewakilan Pelajar (MPP), Puan Suraya binti Idris dan kendalian pihak Prospective Consultant.

Berbagai pengisian sepanjang kursus antaranya Slot Bina Keluarga, Slot Potensi Diri, Slot Team Building, Slot Bagaimana Keputusan Anda dan Slot Hadiahku. Objektif kursus adalah bagi mewujudkan semangat kerjasama berpasukan, daya kepimpinan dan pembentukan sahsiah yang baik di kalangan ahli MPP ILP Pasir Gudang. Selain itu, dapat meningkatkan jati diri, disiplin, keyakinan diri serta semangat ke arah pembelajaran yang cemerlang.

Skip to content