07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Program Perkhemahan Motivasi Pelajar Moral bagi Sesi 1/2023 bertempat di Nurjannah Camp and Eco Resort, Pontian, Johor. Program ini dijalankan selama 2 hari 1 malam bermula 23 hingga 24 Jun 2023. Seramai 21 orang pelajar moral telah menyertai program ini dengan bimbingan penyelaras pelajar moral ILPPG, Ts. Kavitha Palaniappan.

Antara aktiviti utama pelajar semasa program ialah Sesi Ice Breaking, Obstacles & SPA Lumpur, War Game, Water Confident, Night Walk dan Jungle Trekking. Menerusi program ini, para pelajar dapat meningkatkan jati diri, disiplin, keyakinan diri serta semangat ke arah pembelajaran yang cemerlang. Ianya juga dapat meningkatkan moral dan sahsiah pelajar dalam membina semangat kerja berpasukan di samping membantu pelajar untuk mengenali kekuatan dan kelemahan diri mereka.

Skip to content