07-2544170 , Fax: 07-2511910 info.ilppg@jtm.gov.my

Bahagian Penjaga Jentera Elektrik ILP Pasir Gudang telah menganjurkan Kursus Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik Voltan Rendah A4 (Separuh Masa) bermula 5 Ogos 2022 hingga 24 Jun 2023. Penyertaan terdiri daripada 19 orang peserta dengan latar belakang dan pengetahuan tentang elektrik khususnya pemegang Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A0 atau Perakuan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A1.

Program ini dijalankan secara bersemuka di ILP Pasir Gudang dan telah disampaikan oleh pengajar pakar En Mohd Khairul bin Ramlan dan En Mohd JSen bin Alias dari bahagian Penjaga Jentera Elektrik, ILP Pasir Gudang. Pembelajaran merangkumi aspek teori dan amali bagi melayakkan mereka menduduki Peperiksaan Kekompetenan Penjaga Jentera Elektrik A4 oleh Suruhanjaya Tenaga.

Skip to content